Seroja India (Nelumbo nucifera)

Bunga Seroja India
Seroja India (Nelumbo nucifera) adalah tumbuhan akuatik yang cantik dengan daun hijau yang terapung di atas permukaan air. Bunganya yang berwarna merah jambu biasanya dijumpai pada tangkainya yang tebal yang naik beberapa sentimeter di atas air.
Bunga Seroja India dianggap suci dan digunakan oleh penganut Buddha semasa acara keagamaan. Keseluruhan tumbuhan tersebut boleh untuk dimakan, walaupun terutamanya biji benih dan akar (rhizom) biasanya digunakan di dalam masakan tradisional di seluruh Asia Tenggara. Seroja India adalah tumbuh-tumbuhan rawa yang boleh ditanam seperti teratai harum. Ianya tidak sukar untuk menanam tumbuhan ini dengan keadaan kami; hanya seorang perlu tahu!
Untuk menanam Seroja India daripada biji benih, lapisan keras luaran biji benih perlu dikikis (digosok atau diempelas) dengan kertas pasir. Ini membolehkan penembusan air dengan senang yang dimana tanpanya, biji benih tidak boleh bercambah. Jika lapisan keras luaran itu masih kekal, biji benih akan hidup dengan lama. Tetapi, apabila diletakkan di dalam air, ia mungkin mengambil masa selama beberapa tahun untuk biji benih bercambah.

biji benih Seroja India yang sedang bercambah
Bagaimana anda ingin mengetahui adakah anda sudah mengikis dengan cukup lapisan keras luaran tersebut?
Ianya boleh diketahui dengan saiz pembesaran sebaik sahaja diletakkan di dalam air. Jika saiz biji benih membesar dua kali ganda dalam jangka masa 24 jam, biji benih tersebut tidak perlu dikikis lagi. Jika tidak, anda perlu mengikis lagi lapisan keras luaran biji benih tersebut, letak semula biji benih tersebut ke dalam air untuk 24 jam seterusnya, dan periksa saiznya. Proses ini perlu diulang sehingga saiz biji benih tersebut membesar dua kali ganda.
Biji benih tersebut hanya memerlukan air…
Sebaik sahaja proses mengikis telah lengkap, rendamkan biji benih ke dalam bekas berisi air. Suhu sesuai air pada permulaan proses percambahan adalah diantara 27°C dan 28°C (walaupun saiz biji benih tersebut boleh membesar dua kali ganda pada suhu 20°C). Pada suhu ini, biji benih tersebut bercambah dengan cepat dan dalam jangka masa seminggu, tunas akan muncul . Lihat foto dokumentasi di .
Sebaik sahaja daun yang pertama muncul, tanamkan biji benih yang bercambah samada di substrat berlumpur atau batu kelikir akuarium di dasar bekas (akuarium, kolam). Paras air di dalam bekas perlu diletakkan sekurang-kurangnya 30 cm di atas bahagian atas aras substrat. Jika medium yang digunakan ialah batu kelikir akuarium, Seroja India boleh membesar dengan mudah di dalam akuarium berisi ikan.
Secara beransur-ansur, sebaik sahaja tumbuhan tersebut matang, ia akan memerlukan lebih banyak ruang. Anda boleh menanamnya di dalam kolam di kebun musim sejuk, rumah hijau, atau mana-mana tempat yang jauh daripada suhu yang sejuk. Suhu yang sesuai untuk menanam Seroja India ialah di antara 20°C dan 35°C.
Di dalam keadaan cuaca kami, suhu yang rendah lebih umum tetapi tumbuhan tersebut akan bertahan tanpa sebarang masalah. Pada musim panas, anda boleh memindahkan Seroja India ke kolam luar tetapi pada musim sejuk ia mesti diletakkan di dalam. Di dalam kes yang teruk, ia juga boleh berhibernasi di ruangan bawah tanah yang lembap dengan cara yang sama seperti teratai harum lakukan.
Cara yang sesuai untuk menanam Seroja India adalah dengan menggunakan tab konkrit yang menampung dari 60 hingga 80 liter air – ini berharga sekitar 10 Euro setiap satu. Gunakan kaedah yang berikut: Letakkan biji benih yang bercambah di dalam substrat berlumpur atau batu kelikir akuarium di dalam pasu bunga dan kemudian letakkan pasu bunga ke dalam tab konkrit. Untuk hasil penanaman yang terbaik, penuhkan tab konkrit dengan air sehingga ke atas.
Kelebihan menggunakan tab konkrit adalah ia boleh diletakkan dengan mudah di kebun musim sejuk anda atau pangsapuri anda. Untuk jangka masa kemudian, adalah disarankan tab tersebut diletakkan berdekatan dengan tingkap (sebaiknya tingkap anjung) untuk memastikan tumbuhan Seroja India didedahkan dengan banyak sinaran matahari dan haba. Pada musim panas, anda boleh meletakkan tab tersebut pada bahagian selatan anjung anda atau di kebun. Seperti yang anda lihat, tumbuhan Seroja India boleh ditanam dengan mudah- walaupun di dalam bangunan pangsapuri!
««« Artikel sebelumnya: Membiak Mangga daripada benih Artikel seterusnya: Pokok Palma Parajubaea torallyi (Palma Chico, Bolivian mountain coconut) »»»
Khamis 6/5/2010 22:04 | Cetak | Tumbuh tumbuhan akuatik dan berair, Arahan untuk penanaman dan pembiakan tumbuh-tumbuhan
Tentang KPR

Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.