Pokok Palma Parajubaea torallyi (Palma Chico, Bolivian mountain coconut)
Parajubaea torallyi adalah pokok palma keras yang cantik dari Amerika Selatan. Bagaimanapun, ia jarang dibiak oleh pekebun di luar habitat semulajadinya, Bolivia, kerana biji benihnya yang besar (bermakna kos penghantaran yang tinggi)
Berasal dari Bolivia, ia tumbuh di Banjaran Andes yang kering dan berdebu, pada altitud 2700–3400 di atas aras laut. Maka,spesies palma ini adalah spesies paras tinggi yang tumbuh di mana sahaja di dunia. Suhunya jarang naik melebihi 20 °C dan pembekuan malam tidak jarang di altitud ini. Suhunya sering jatuh sehingga serendah –7 °C semasa bulan musim sejuk (Julai dan Ogos) dan kadar hujan tahunan hanyalah 550 mm.
Ketahanannya kepada kemarau,cuaca sejuk, pembekuan dan keadaan buruk yang lain, serta kebolehannya untuk mengekalkan penampilan menarik, menyebabkan sesetengah berkata palma legenda ini bukan hanya mempunyai potensi sebagai tumbuh-tumbuhan hiasan, tetapi ia juga boleh menjadi palma landskap yang paling dikehendaki untuk kawasan subtropika dan beriklim sederhana. Di kawasan di mana pembekuan berlaku, ia memerlukan perlindungan musim sejuk atau disimpan di kawasan bebas beku. Dikatakan bahawa di Eropah, pembekuan berlaku sehingga suhu 3°C. Suhu yang paling rendah yang di mana palma ini telah bertahan di dalam pembiakan adalah –8 ° C. Tumbuh-tumbuhan ini kehilangan daunnya, tetapi bertahan dan pada musim bunga, daun yang baru muncul.
Di Bolivia, palma ini membesar sehingga ketinggian 14m dengan batang berdiameter 25–35 cm. Palma yang berusia 100 tahun atau lebih, membesar sehingga ketinggian 30m dengan batang berdiameter 25–35 cm. Palma yang berusia 100 tahun atau lebih boleh membear sehingga ketinggian 30 m dengan batang berdiameter 50 cm. Mahkota yang cantik mempunyai sekitar 20 helai daun dan sesetengahnya boleh mencapai sehingga 5 meter panjang! Walaubagaimanapun tumbuh-tumbuhan yang ditanam di luar Bolivia adalah lebih kecil.
Terdapat dua populasi yang berbeza di habitat semulajadi yang berlainan terutamanya saiz buah telah diterangkan baru-baru ini sebagai 2 jenis yang berbeza, jenis yang berbuah kecil P. torallyi var. microcarpa dan jenis yang berbuah besar P. torallyi var. torallyi. Walaupun tidak terlalu berbeza di dalam penampilan, var. microcarpa tidak begitu mencapai dimensi sepupunya yang jenis berbuah besar, tetapi di dalam istilah adaptasi dan kelasakan, ianya tidak mempunyai perbezaan. Biji benih tersebut mempunyai reputasi yang tidak adil sebagai biji benih yang tidak boleh dipercayai untuk bercambah. Walaupun percambahannya kadangkala tidak menentu, biji benih tersebut akan bercambah dengan mudah apabila ditanam dalam keadaan yang sesuai. Contohnya di permukaan batas, ditanam hanya di separuh batas, dan dibiarkan sedikit lembap. Dengan penjagaan yang betul, di dalam iklim dingin hingga sederhana subtropika dan di tempat yang cerah, biji benih akan segera membesar ke palma yang mempunyai batang yang tahan lasak, tinggi dengan mahkota seperti bulu tangkis yang besar dan mempunyai daun yang kasar. Ketahanannya terhadap kemarau, haba, sejuk, pembekuan, dan keadaan buruk yang lain, serta kebolehannya mengekalkan penampilan yan menarik, menyebabkan sesetengah berkata palma legenda ini bukan hanya mempunyai potensi sebagai tumbuh-tumbuhan hiasan, tetapi ia juga boleh menjadi palma landskap yang paling dikehendaki untuk kawasan yang sederhana panas serta kawasan subtropika.
Parajubaea torallyi ialah tumbuh-tumbuhan hiasan yang popular dan sering ditanam di taman serta lorong pejalan kaki. Di Ecuador dan Colombia Selatan, Parajubaea cocoides sering ditanam pada altitud 2500 hingga 3000 meter – ini adalah palma yang membesar dengan lambat serta ketahanan beku yang kurang. Kerana ia agak sama dengan Parajubaea torallyi dan habitat semulajadinya tidak diketahui, ia dianggap sebagai kultivar Parajubaea torallyi.
Jenis palma yang terkecil ialah Parajubaea sunkha yang telah diterangkan pada tahun 1996. ia hanya tumbuh 8 meter tinggi dan hidup di lembah Banjaran Andes di rantau Vallegrande, di daerah Santa Cruz di Bolivia di mana altitudnya ialah 1700–2200 m. Ia sering disalahanggap sebagai Parajubaea torallyi sehingga penyelidikan taksonomi yang terbaru telah dilakukan dan dinamakan semula ke Parajubaea sunkha.
Palma genus Parajubaea adalah jenis palma yang senang untuk dibiakkan. Kaedah untuk penanaman yang terbaik ialah dengan menggunakan bji benih. Walaubagaimanapun, anda perlu bersabar kerana biji benih tersebut bercambah dengan lambat dan tidak sekata di alam semulajadi, dan ia mengambil masa sekitar satu setengah tahun untuk berbuat demikian. Sesetengah biji benih bercambah dalam jangka masa sebulan, tetapi yang lain mengambil masa setahun atau dua tahum untuk mula bercambah. Kerana ia adalah spesies palma subtropika, adalah lebih baik diletakkan di dalam suhu yang rendah, kerana suhu yang tinggi( tidak sperti palma yang lain) mungkin menyebabkan kesan yang negatif terhadap proses percambahan. Suhu yang tinggi menunjukkan masa kering, yang tidak sesuai untuk percambahan.
Sebelum menyemai, biji benih perlu diletakkan di dalam air dengan suhu sekitar 20 °C selama 5 hingga 7 hari. Biji benih dari jenis biji benih bersaiz besar perlu diletakkan di dalam selama kira-kira dua minggu. Air perlu ditukar setiap hari. Biji benih juga boleh dikelar untuk membolehkan percambahan yang lebih elok.
Rendaman biji benih di dalam air akan menamatkan musim tidak aktif dan akan memulakan musim hujan, iaitu musim yang paling sesuai untuk percambahan. Biji benih yang dilindungi tempoh tidak aktif tidak akan mula bercambah semasa musim kering di Bolivia (musim sejuk pada Jun hingga Oktober)
Selepas direndam, biji benih tersebut perlu disemai ke dalam pasu atau beg plastic – diingatkan bahawa hanya separuh biji benih itu dilitupi dengan tanah dan dibiarkan pada suhu 10 hingga 20°C.
Pengaruh yang positif pada percambahan yang baik adalah perbezaan antara suhu siang(tinggi) dan malam (rendah). Sebaik sahaja biji benih disemai, ianya tidak boleh disiram dengan air terlalu banyak kerana ia mungkin merosakkan tumbuhan muda. Perbezaan utama diantara pembiakan Parajubaea dan spesies palma yang lain ialah suhu yang rendah dan hanya memerlukan air yang sedikit.
Selepas disemai, biji benih perlu diperiksa setiap tiga hingga empat minggu dan biji benih yang bercambah perlu diletakkan di dalam pasu berasingan. Sesetengah penanam palma memberikan nasihat berikut tentang biji benih yang tidak bercambah dalam jangka masa enam bulan: Berhenti menyiram biji benih tersebut dan biarkan tanah tersebut kering selama beberapa bulan. Ambil keluar biji benih tersebut dari tanah, masukkan semula ke dalam air selama seminggu dan semaikannya semula.
Biji benih tersebut patut mula bercambah dalam jangka masa setengah tahun. Jika sesetengah biji benih masih tidak bercambah, ulang semula proses tersebut dan biji benih yang lain akan mula bercambah selepas musim hujan seterusnya.
Kadar percambahan biji benih Parajubaea adalah hampir 100%, anda hanya perlu bersabar, dan biarkan musim kering untuk biji benih tersebut.
Sebaik sahaja anda mempunyai palma muda, ianya telah keras, tetapi ingat untuk tidak menyiramnya terlalu banyak dengan air. Palma muda lebih menyukai persekitaran sederhana (di dalam habitat semulajadi dimana ia hidup di bawah teduhan palma dewasa). Walaubagaimanapun tumbuhan yang tua memerlukan tempat yang cerah.
Genus Parajubaea merupakan salah satu spesies palma Amerika Selatan yang terancam. Sebab utama untuk perkara ini adalah pemusnahan habitat semulajadinya, penyebaran tanah agrikultur, pembalakan dan lebihan ragutan oleh ternakan. Palma ini hanya hidup kawasan yang kecil, yang menyebabkan pemuliharaan lebih serius dan mempunyai risiko kepupusan. Kerana biji benih tumbuh-tumbuhan ini yang besar, kebolehan penyebarannya juga agak terhad. Haiwan yang paling penting dalam penyebaran palma ini ke kawasan baru adalah beruang berkacamata (Tremarctos ornatus). Walaubagaimanapun haiwan ini juga terancam akibat aktiviti manusia.
««« Artikel sebelumnya: Seroja India (Nelumbo nucifera) Artikel seterusnya: Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus) »»»
Jumaat 7/5/2010 22:09 | Cetak | Pokok Palma
Tentang KPR

Kongsi pengalaman anda tentang menanam tumbuh tumbuhan. Tulis artikel tentang perkebunan, tumbuh-tumbuhan, pembesaran tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang berkaitan dan terbitkan di dalam bahasa anda di dalam jurnal Botanix kami! Hubungi kami untuk maklumat selanjutnya.