Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus)

Genus Pokok Sukun (Artocarpus) terdiri daripada 60 spesies pokok tropika malar hijau daripada keluarga Moraceae (keluarga kertau atau keluarga pokok ara). Ia hidup di Asia Tenggara dan kepulauan Lautan Pasifik. Buah marang berkait rapat dengan Ficus (pokok ara). Buah marang yang paling banyak dibiakkan ialah Artocarpus altilis (Kolo, Rimas). Sesetengah spesies yang lain seperti Artocarpus communis, Artocarpus integer (Pokok Cempedak), Artocarpus heterophyllus (Nangka) dan Artocarpus odoratissimus (Pokok Marang, Pokok Terap) merupakan sebahagian daripada keluarga buah marang.

Di dalam artikel ini, kami akan memperkenalkan anda kepada Pokok Marang – Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus). Ia adalah pokok malar hijau dari Kepulauan Borneo di Indonesia. Bagaimanapun, ia ditanam secara meluas untuk pasaran tempatan di negara sekitarnya seperti Malaysia, Thailand dan Filipina. Ia dikenali di dalam bahasa tempatan sebagai Atau, Keiran, Loloi, Madang, Marang, Pi-ien, Pingan, Tarap, Terap, dan Khanun Sampalor. Spesies ini tidak dikenali di luar negara yang dinyatakan. Di alam semulajadi, ia hidup tanah berpasir di dalam hutan pada altitud sekitar 1000m di atas aras laut.

Pokok Artocarpus odoratissimus membesar sehingga ketinggian 25 meter; dan daunnya adalah di sekitar 16 hingga 50 cm panjang dan 11 hingga 28 cm lebar.

Kerana ia adalah bersifat mono, satu tumbuhan sudah cukup untuk pengeluaran hasil buah. Buah pokok ini berwarna hijau, berbentuk bujur, 16 cm panjang dan 13 cm lebar, berat sekitar 1kg setiap satu dan dimakan secara mentah atau dimasak. Walaubagaimanapun, biji benih perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan.

Buah marang ialah jenis makanan yang penting untuk penduduk dari Asia Tengggara. Di dalam buah tersebut adalah berwarna putih, sementara buahnya sangat manis, dan berbau seperti Durian (Durio, buah yang paling berbau di Bumi.)

Kaedah yang paling baik untuk mneyebarkan Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus) adalah dengan biji benihnya. Biji benih yang segar akan bercambah dengan baik dan tunas akan muncul dalam jangka masa seminggu. Walaubagaimanapun, biji benih akan menjadi buruk selepas disimpan selama tiga minggu. Oleh itu, biji benih perlu ditanam di tanah berpasir dan beraliran baik sebaik sahaja ianya dituai. Penyebaran tanaman adalah kurang berjaya dan perosak dan penyakit jarang menyerang pokok ini.

Buah marang tidak tahan beku. Kerana ia berasal daripada kawasan tropika, suhu minimum tidak boleh jatuh di bawah 7 °C. Di kawasan tropika atau subtropika, buah sukun boleh ditanam di kebun, tetapi perlu diletakkan di dalam rumah atau di dalam rumah hijau di kawasan yang dimana pembekuan muncul.


foto

Buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

foto

Buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

foto

Buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

foto

Butir-butir buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

foto

Butir-butir buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

foto

Butir-butir buah Pokok Marang, Pokok Terap (Artocarpus odoratissimus), Borneo, Indonesia

Printed from neznama adresa